Sehari dalam Kehidupan Saya sebagai Pelajar

https://vt.tiktok.com/ZSgs9AXko/

A Day in My Life as a Student

1. Introduction

Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke vlog saya. Nama saya Iman Asyraf. Hari ini, saya nak kongsikan rutin harian saya sebagai seorang pelajar. Jadi, jom ikut saya sepanjang hari ini!

2. Rutin Pagi

Okay, macam biasa, saya mulakan hari dengan bangun tidur dan bersiap. Lepas tu, saya akan sarapan pagi supaya ada tenaga untuk memulakan aktiviti harian. Sebelum mula belajar, saya akan pastikan semua barang dan keperluan belajar dah tersedia.

3. Masa untuk Belajar

Sekarang, tibalah masa untuk belajar. Biasanya, saya akan buka laptop, semak nota dan siapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Kalau ada topik yang saya kurang faham, saya akan cari maklumat tambahan di internet. Kadang-kadang memang penat, tapi saya cuba buat yang terbaik.

4. Waktu Rehat

Selepas belajar, saya akan berehat sekejap dan makan. Waktu rehat ni saya biasanya tengok video, dengar muzik atau main telefon. Bagi saya, rehat pun penting supaya tak terlalu penat dan boleh fokus semula selepas itu.

5. Sambung Tugasan

Lepas berehat, saya akan sambung buat tugasan atau ulang kaji pelajaran. Saya cuba siapkan kerja awal supaya tak perlu tergesa-gesa apabila tarikh penghantaran dah dekat. Walaupun ada masa rasa malas, saya tetap kena paksa diri untuk siapkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

6. Aktiviti Petang dan Malam

Bila semua kerja dah selesai, saya akan luangkan masa untuk berehat dan buat aktiviti yang saya suka. Pada waktu malam pula, saya akan semak semula jadual untuk hari esok dan pastikan semua barang yang diperlukan dah tersedia.

Selepas itu, saya akan berehat dan tidur supaya dapat mulakan hari seterusnya dengan lebih segar.

7. Penutup

Jadi, itulah serba sedikit tentang rutin harian saya sebagai seorang pelajar. Walaupun kehidupan sebagai pelajar kadang-kadang memenatkan, saya tetap perlu belajar menguruskan masa dan bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan.

Terima kasih sebab sudi menonton vlog saya sampai habis. Jumpa lagi dalam vlog seterusnya. Bye, assalamualaikum!


Comments

Popular posts from this blog

Iman Blogger Jalan Jalan Mencari Makan