Sehari dalam Kehidupan Saya sebagai Pelajar
https://vt.tiktok.com/ZSgs9AXko/ A Day in My Life as a Student 1. Introduction Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke vlog saya. Nama saya Iman Asyraf. Hari ini, saya nak kongsikan rutin harian saya sebagai seorang pelajar. Jadi, jom ikut saya sepanjang hari ini! 2. Rutin Pagi Okay, macam biasa, saya mulakan hari dengan bangun tidur dan bersiap. Lepas tu, saya akan sarapan pagi supaya ada tenaga untuk memulakan aktiviti harian. Sebelum mula belajar, saya akan pastikan semua barang dan keperluan belajar dah tersedia. 3. Masa untuk Belajar Sekarang, tibalah masa untuk belajar. Biasanya, saya akan buka laptop, semak nota dan siapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Kalau ada topik yang saya kurang faham, saya akan cari maklumat tambahan di internet. Kadang-kadang memang penat, tapi saya cuba buat yang terbaik. 4. Waktu Rehat Selepas belajar, saya akan berehat sekejap dan makan. Waktu rehat ni saya biasanya tengok video, dengar muzik atau main telefon. Bagi saya, re...